~ .: ~ KeNanGaN SeMalaM ~ :. ~ MaSiH SeGaR Di InGaTaN !!!!!

May 15, 2009

Wanita berbaju hitam

Filed under: Uncategorized

1 mach 2009

Malam aku terlena tiba-tiba datang seorang wanita berbaju hitam dan berselindang hitam. Wajah tidak dapat aku lihat, dalam mimpi itu aku bertanya “akak ada apa?” tapi lain pulak dibalasnya dengan menekan kepala lutut aku sampai sakit adna aku tepis. Aku terjaga dari lena tidak kelihatan dan aku sambung lena. Aku memeluk batal dengan kaki kearah kiri, tiba-tiba kaki ku di cuit beberapa kali.

“his… ya Allah, nak apa lagi. Aku nak tidur nie jangan kacaulah” aku baca ayat 3 qul dan ayat kursi dan aku ambil surah yassin bawa tidur dan akhirnya aku terlena. Ada sahaja gangguan sejak kebelakangan ini. Mungkin keran aaku balik malam dari sambut birthday member. Aku buat bodoh sahaja itu juga dugaan untuk aku lagi tapi apa aku boleh buat ketika ini selain berdoa dan membaca ayah suci Al-Quran sahaja.

April 29, 2009

Pindah tempat kerja

Filed under: Uncategorized

Sabtu 7 Februari 2009

Pindah dari tingkat 4 ke tingkat 3 pulak, pagi pergi pukul 9.05 pagi baru aku sampai kiranya dah terlambat ketika ini. Aku simpan barang lepas tu turun dewan tingkat 2 untuk menghadiri mesyuarat yang telah ditetapkan. Lepas mesyuarat kami mula memindahkan semua barang seperti tempat yang telah ditetapkan. Aku biasalah dah biasa angkat barang berat untuk siapkan tempat baru masih banyak barang.

Aku lepak gi minum dulu barulah mula bersiap sampai ke petang kami bersiap. Ingat nak keluar gi beli barang tapi tidak siap kemas lagi. Aku siap kemas pada 5 petang baru balik rumah. Lepak kat rumah macam biasa, malam Bus keluar gi jumpa Bun kat luar. Aku lena awal masa malam nie kerana keletihan sangat. Sedap lena tiba-tiba aku ternampak pochong berdiri kat pintu bilik tapi aku buat bodoh je kerana aku tahu ada yang menghantar.

Tapi aku rasa berpeluh juga, aku baca ayat aku terus lena. Besok citer kat member semua takut. Aku dah jadi tidak hairan dengan semua tu mungkin dah takdir aku terlihatnya datang untuk menakutkan aku kot. Sabar jelah dari semua dugaan yang terpaksa aku tempuh ini.

January 6, 2009

Fraser Hill ~ 22 Disember 2008

Filed under: Uncategorized

 

Hari ini sabtu 20 hb Disember 2008 aku bersiap ala kadar tapi bekalan aku dah siapkan. Fraser Hill dah lama aku tidak pergi dulu pergi atas urusan kerja sahaja. Tidak sempat menikmati keindahan alam semula jadi memandang pemandangan yang terhad, untuk aku lihat kabus memang dapat dilihat tapi tidak sepenuhnya. Hari ini aku pergi ikut bentung ke fraser hill, seronoknya tapi kami bukan tahu jalanpun redah sahaja kelakarkan. Dari highway karak lepas tol kuar masuk jalan gi bentung. Mak ai jauh giler ingat dekat tadi. Masa pergi dulu kot kuala kubu baru aku membuta sahaja dalam van kerana mengantuk kerja banyak sama tu.

Perjalanan diteruskan jalan ke raub risau aku kalau tersilap. Kami ikut je tapi bukan banyak papan tandapun nak kesana. Kemudian tanya adik yang jual air katanya ada papan tanda nak ke bukit fraser dan sebelah kanannya ada kilang getah lee rubber. Kami meneruskan perjalanan ke sana, ingat dah dekat tapi nampak pun tidak. Mula-mula dah ditepi lereng bukit sebelah kanan lepas tu lereng bukit sebelah kiri pulak. Bila nak sampai nie, dah jalan tiada orang pulak tu. Cuak juga aku masa tu tapi control supaya member tidak perasan. Risau sesat larat je…. yang sarat aku fikirkan ketika ini adalah betul atau tidak tempat yang kami nak pergi nie.

Sampai kat lereng bukit jumpa dengan sekumpulan gi mandi seronoknya mesti airnya sejuk. Jalannya macam nak pergi ke Cameron highland je tapi mendatar tidak berbukit. Sampai kat gap untuk naik atas ramai orang yang menanti. Masa bertolak tadi pukul 11.10 pagi sampai sana pukul 1.50 petang. Tidak lama sangat perjalanan, jumpa dengan kereta dari singapura tadi masa dalam perjalanan. Lama juga kami tunggu lebih kurang 1 jam baru dapat naik.

Pukul 3.00 petang naik atas sampai dalam pukul 3.20 petang kat atas terus chek-in baru pergi makan. Chek-in simpan barang dan solat baru kami turun pergi makan dulu. Lapar ya tuhan hanya tuhan tahu sebab dah pukul 4.00 petang baru jumpa nasi. Masa menanti dibawah sempat makan roti dan minum air sahaja. Kami makan hari ini ayam masak prapret, telur dada sayur, sup ekor dan sayur kalian ikan masin dan nasi putih 2. Sedapnya masakkannya bertambah dengan perut lapar. Sempat aku order sate ayam 20 cucuk dan nasi empet.

Kami makan perlahan terasa kenyang dan banyak pulak lauk yang kami order kali ini. Lepas makan aku pergi bayar sate dan berlalu. Kami berjalan ambil gambar dan menikmati keindahan semulajadi tapi kabus tebal dan kami balik kerana hari nak hujan. Masuk bilik berehat lagipun bukan besar sangat tempat untuk dilawati. Memang menikmati keindahan cukup tenang pada diriku. Mungkin ada ilham menulis lepas nie.

Malam memang sejuk giler, kami nikmati minum kopi dan makan sate yang aku beli tadi. Malam kami lena awal kerana mengantuk sangat dan cuaca sejuk. Bangun pagi lepas tu mandi dan nikmati kopi panas yang member aku bancuh. Lepas tu kami turun nak chek-out. Masa kat kaunter kata ada sarapan pagi kami nikmati sarapan pagi dah makan malam tak datang sebab letih. Makan tidak lama lepas tu nak turun dah terlepas waktu pulak, sepatutnya pukul 8.00 hingga 8.40 pagi kami sampai kat gap pukul 9.00 pagi. Kami pergi ke air terjun jeriau menikmati keindahan. Rupanya 4 km jauhnya nak pergi sana dengan jalan bengkak bengkok akhirnya sampai juga. Memang cantik airnya dan tempatnya untuk nikmati keindahan alam semulajadi. Puas hati kalau dapat mandi tapi kami nak balik dah ingat tiada banyak tempat menarik. Rupanya gambar dalam internet yang tidak menarik pada halnya cukup menarik kalau sesiapa nak pergi.

Kami sampai balik ke gap untuk turun memang dah waktu turun. Kami turun dan perjalanan biasalah berbengkang-bengkok akhirnya sampai bawah. Kami balik ikut jalan kuala kubu baru, memang menarik dari jalan ikut bentung. Luas mata memandang dan jalan juga cantik. Sampai rawang kami singgah ke Mac Donalds beli dan kami meneruskan perjalanan balik ke Kuala Lumpur. Rasanya ikut kuala kubu baru lagi jauh dari bentung cuma cantik pemandangan. Kami bernasib baik ikut jalan lama kalau ikut highway lagi jauh nak masuk ke bandaraya. Syukur kami sampai juga untuk balik rumah.

December 31, 2008

Perhatian…..

Filed under: Uncategorized

Assalamualaikum….

Kepada semua pengunjung blog Garmon

Selamat Tahun Baru 2009

Semoga dirahmati Allah S.W.T

November 19, 2008

Diganggu lagi

Filed under: Uncategorized

19 November 2008

Kisah kali ini adalah aku baru pindah rumah. Rumah baru ini aku lihat ok sahaja tanpa ada gangguan. Balik kerja minggu pertama aku sendirian, member-member belum balik kerja lagi. Aku biasalah kian dah angkat aku terus mandi dan solat lepas tu duduk mengadap television seornag diri.

Ku lihat luar hari semakin petang dan aku lepak sahaja. Lepas tu masuk waktu solat maghrib dan terus solat lepa stu duduk mengadap television kerana aku sendirian. Bosan sambil tu aku baca majalah perkahwinan yang bertabur di meja depan television.

Sambil membaca aku biarkan television terpasang. Sedang sibuk membelik gambar barang hataran pada mulanya aku dengar seorang perempuan menyanyi tidak lama lepas tu dengar jelas ada seseorang menyanyikan lagu tepi teliga aku. Aku buat bodoh je tapi tidak jelas yang disebutnya.

Aku meneruskan membaca dan menonton tidak lama member-member balik. Leganya aku kerana tiada lagi gangguan. Gangguan itu tidak aku pasti datang dari mana? Aku harap tiada gangguan lagi. Hari itu Opah sakit diganggu lagi. Baru beberapa hari lalu Yong pula sakit aku dah mula risau.

Aku berpesan agar Yong tidak tinggalkan solat walaupun sakit. Alhamdulilah Yong sihat juga aku tidak berhenti membuat solat hajat. Aku masih sayangkan Yong dan Opah dan kalau boleh aku sendiri hendak pergi dulu dari yang lain.

Teringat pada teman aku menyatakan aku kuat untuk melawannya. Mampukah aku melawannya dan kenapa aku terpilih ya?. Entah aku sendiri tidak pasti yang aku tahu aku semakin kurang kekuatan. Selepas pemergian Arwah Ayah aku semakin lemah nampak ketara sangat aku selalu tewas dengan perasaan aku sendiri.

Kata teman aku aku kurang kasih sayang dan perhatian itulah salah satunya aku semakin lemah. Tadi aku call mak Opah saudara ku demam dan tidak sihat dah beberapa hari. Kerana itu aku juga jadi risau kalau semua ketentuan dari Allah s.w.t. aku terima ya Allah. Hanya engkau yang berkuasa menentukan hidup dan matiku.

June 13, 2008

‘Pelancaran Novel’

Filed under: Uncategorized

18 mei 2008 ~ Ahad

Pagi ini aku yang kurang lena bangun mandi dan bersiap ala kadar kerana aku rasa kemas sudah cukup. Aku mak-up sikit dengan lipglos yang simple. Lihat jam menunjukkan dah pukul 9.30 pagi. Kalau lambat nanti adik fida beleter, selama ini aku jarang sangat lambat kalau ada janji dengan siapa sahaja.

Berjalan kaki dari rumah ke putra lrt di kampung baru lebih kurang 10 minit sampai dan hujan turun dengan lebat. Memang awan mendung masa dalam perjalanan aku nak ke putra lrt tapi aku syukur kerana baju tidak basah. Kalau tidka malu aku nak berdepan dengan hadirin yang menyertai pelancaran novel hari ini.

Turun dan ambil tiket dan aku terus menanti tran sampai. Adik fida call, aku katakan ada kat stesen kampung baru. Fida juga terlambat kerana kereta dia kena blok dengan housemate. Aku masuk dulu ingta ramai dah datang rupanya sikit je. Ada pendaftaran masa nak masuk. Aku tidak banyak cakap terus daftar biasalah akukan ahli kelab mesti daftar. Sambil daftar adik juru gambar ambil gambar aku tapi aku buat bodoh je. Lepas daftar adik yang jaga pendaftaran memberikan aku novel dengan nombor cabutan bertuah.

‘jangan buang ya ada cabutan’ adik yang jaga pendaftaran.

‘ya’ balasku.

Aku terus duduk mencari tempat yang menarik dan senang melihat depan. Sambil menanti aku sms dengan adik fida.

‘cepat sikit, novel sikit je’ sms ku hantar pada adik fida.

‘ok nanti saya pandu lrt bagi cepat sikit’ sms dari fida membuatkan aku ketawa dan tersenyum. Setahu aku lrt putra mana ada pemandu J.

Lama menanti aku perhatikan lense kamera asyik menghala ke arah aku. Aku buat bodoh je, hati dah panas tapi sabar lagi. Adik juru gambar nie tak tahu aku tidur 3 jam je pagi tadi, tahu je angin aku kurnag baik hari ini sebab letih.

‘kat mana?’ aku hantar lagi sms pada fida.

‘saya kat luar nie’ kata fida call secara tiba-tiba sahaja.

Kami bersalaman lepas tu penulis datang bersalaman dengan aku dan adik fida. Kami sambut dengan mesra, aku memang tidak ingat siapa nama penulis ini.

Duduk bersembang masih adik tu curi-curi ambil gambar aku. Aku berlindung di tepi fida agar aku tidak jadi perhatian dimatanya. Lagi aku mengelak lagi dia mencari arah untuk ambil gambar aku.

Pasa hal ramai yang comel-comel yang datang tapi kenapa aku jadi perhatian dia. Biasalah aku bila jumpa adik fida kami selalu buat kelakar dan ketawa pekara wajib. Tak lama kak nik datang dan join sama kami. Kak nik kami kenal masa mula-mula join KN kat burger king klcc.

Burger king inilah menjadi saksi kami menjadi sahabat baik. Sampai ke hari ini dan sering berbincang pasal novel dan berapa novel yang kami baca. Aku jarang membaca tapi sekali membaca sampai 5 buku dalam satu hari.

Majlis bermula dengan ucapan dan kami bersama dengan penulis untuk ambil autograph. Kami sengaja melambatkan kerana malas nak beratur lama sudahnya kami lambat juga. Banyak sangat penulis tu sain autograph, kami masih besabar. Sedang berdiri nie adik juru gambar sengaja je langgar aku.

‘maaf’ katanya. Aku diam je malas nak layan.

Sedang sain autograph dengan seslamba je kata nak ambil gambar penulis tapi lense kameranya kearah aku. aku diam je apa aku boleh buat depan penulis. Aku cuba mengelak beberapa kali pandang belakang.

Selepas sain autograph aku terus duduk dengan adik fida dan kak nik. Kami gi beli minuman lepas tu datang penulis lagi seorang bersalam dengan kami bertiga. Kami sambut dengan mesra juga tanpa rasa syak.

Bersalam dengan aku siap bertanya lagi.

‘dari mana ya’ selamba je.

‘ahli kelab KN’ kata aku dan adik fida.

‘oh’ sambil bersalam angkat kening dengan adik juru gambar tu.

Aku dah mula faham percaturan semua ini tapi buat bodoh sahaja. Sambil minum ada kuiz kat depan aku dapat jawab tapi malas nak angkat tangan. Fida juga malas, aku puas cakap padanya agar dia jawab nanti dapat hadiah. Kak nik juga malas nak jawab.

Lepas tu ada cabutan bertuah, aku tidak harap sangat sebab tak bayak hadiah mungkin tak dapat kot. Tiba-tiba nombor aku dipanggil dan aku bangun ambil hadiah. Terkejut juga dapat hadiah kali ini. Maknanya aku bertuah.

Tak lama lepas tu kami beredar aku nampak adik jurugambar tu ikut dari belakang aku berjalan laju dengan fida pergi kedia buku nak beli kamus. Mungkin dia tak dapat ikut kami jadi aku lega.

Masa mencari macam biasalah aku jadi perhatian di kedia buku pulak. Aku lihat rasanya aku tidak pakai pakaian menjolok mata tapi jadi perhatian. Balik fida hantar aku gi ofis kerana kerja aku banyak. Balik dah petang pukul 4.00 petang aku rehat dan terlena kat ruang tamu.

* * * *

19 mei 2008 ~ Isnin.

Serabut dengan kerja yang melambak aku macam orang tak siuman je sibuk ketuk meja. Menjerit menyanyi sampai kena tegur dengan kak ina.

Kerja banyak kepala pening, aku merayap sampai ke sebelah sana mencari ketenangan dengan bersembang dengan sue dan za. Balik tempat ada call masuk aku lihat sahaja, tak kenal call dari siapa?.

Call lagi aku angkat.

‘hello! Siapa nie?’ aku bertanya.

‘saya nak berkenalan’ katanya.

‘awak siapa? Nama dapat nombor saya?’ aku bertanya.

‘ada orang bagi’ katanya lagi.

‘awak siapa? Kenal pun tidak’ aku terus putuskan line, malas nak layan.

Call berkali-kali naik tapi aku tak angkat, aku biar je iya menjerit. Miss call begitu banyak, bila aku rasa bising aku putuskan line agar tidak tambah serabut fikiran aku.

Aku memang tengah seraabit giler nie dengan kerja dan daftar nama sekolah dalam system. Bukan senang kerana banyak sekolah luar dari wilayah persekutuan dari semua negeri ada yang memohon.

Petang aku dah weng giler nasib tak ada yang call. Aku tak tenang dan balik dalam keadaan tak tenang kerana letih berfikir dengan kerja. Kepala dah bengung giler, sakit datang lagi.

Balik sampai rehat aku makan nasi lepas tu lepak dengan bushra sampai senja. Sampai beeku aku suruh gi mandi baru aku gi mandi, bukan tak nak gi mandi tapi aku tengak artis kanak-kanak dalam astro ria.

Aku gi mandi lepas tu bersiap ala kadar macam baisa dah malam nak tidur aku dah sikat rambut dan sapu minyak sikit. Aku mula mengemas bilik dengan lipat kain yang aku tangguhkan. Kalau boleh aku pergi nanti bilik aku kemas sepanjang masa.

Sedang syok lipat kian sambil dengar radio ada call masuk aku dah set nama pemanggil jantan sial. Call masuk aku terus tekan on sampai 5 hingga 6 kali, biar duit dia habis baru padan muka dia.

Sms masuk ‘KNP TA CKP?’ ‘pala hotak dia’ herdik aku selepas baca smsnya.

Aku sms beeku kata aku kena ganggu lagi. Beeku kata dia akan call orang tu, aku rasa lega. Beeku call cakap elok-elok dia pula cakap kurang ajar beeku marah dia. Beeku suruh aku bagi nombor tu kat abang, beeku nak gi kelas.

Aku bagi kat abang untuk abang call, biar dia tahu siapa aku. abang kata dia off fon mungkin selepas beeku marah dia. Abang call tapi fon dia off. Aku terfikir adik juru gambar tu. Aku call abang cakap tak payah call nanti aku cakap dengan dia sendiri.

Aku cerita apa yang berlaku masa aku gi pelancaran novel hari itu. Aku rasa adik tu kalau tidak kenapa nampak wajah dia. Aku selamba je buat kerja dalam bilik yang masih tertangguh. Aku dah sms beeku kata nak call kalau dia dah habis kelas.

Tiba-tiba call masuk dari jantan sial lagi. Aku terus on fon.

‘hello! Nak cakap dengan siapa?’ dnegan nada keras dan menjerit.

‘kenapa buat miss call kat fon saya’ katanya cuba bela diri.

‘awak giler ke? Awak nak masuk lokap ke?’ aku terus putuskan call, malas nak layan hati dah panas nie.

Tidak lama sms masuk ‘SORY SYA SUDAH SALAH NUMBER.JNGN MARH’ dengan selamba je boleh kata salah nombor sedangkan dah ganggu aku dari siang tadi. Kurang ajar punya jantan.

Aku call beeku bila beeku dah habis kelas. Beeku juga nampak marah sangat tapi aku dah reda. Aku harap tak akan berlaku kesilapan lagi untuk sekian kalinya. Aku dah tak sanggup kena ganggu lagi, dah penat dengan kerenah lelaki. Mungkin aku akan tukar nombor fon lepas balik dari umrah nanti. Aku akan berdoa agar aku tidak diganggu lagi sampai bila-bila.

May 1, 2008

Perhatian ! ! ! ! !

Filed under: Uncategorized

Assalamu’alaikum….

Salam pada semua yang melawat blog mie. Blog mie nie akan berhenti di up-date kerana mie akan pergi menunaikan umrah selama 2 minggu. Insyallah kalau umur mie panjang… balik dari umrah mie akan meneruskan up-date untuk semua peminat cerpen mie yang simply nie. Sekiranya blog nie tidak pernah di up-date maka seharusnya anda tahu mie sudah tiada di dunia ini. Mie ingin memohon maaf dari semua orang yang mengenali atau tidak. Mie sayang semua yang memahami diri ini, bagi yang pernah melukai hati mie lupakan sahaja diri mie.

Doakan mie bahagia dan ceria selalu.

Dari,

Mimie & Amy

Bagi yang belum membaca cerpen lain lawati blog dibawah ini.

http://hasmimi.blogdrive.com

http://amynursalia.blogdrive.com

http://garmon.blogsome.com

  

April 2, 2008

APRIL FOOL 2008

Filed under: Uncategorized

Hari ini pagi lagi dah menerima sms yang menyatakan selamat pagi dan akan call aku bila dia sampai office. Aku menerima dengan hati terbuka sedangkan aku sendiri belum pergi kerja masih bersiap nak pergi kerja.

Lepas mandi aku dengar ada sms masuk aku sibuk dengan bersiap lepas tu capai handfon terlihat ada sms kata ‘boleh call’. Aku membalas tanda setuju dan aku duduk mengadap tv.

‘as’kum’

‘wslm’

’sihat?’

’sihat tapi sakit tekak’

‘buat apa? saya ada benda nak cakap, jangan marah ya’

‘cakaplah…’

‘janji jangan marah!’

‘ok’

’saya nak melamar awak?’

‘tak nak’

’saya nak melamar awak? betul saya nak melamar awak’

‘tak nak’

’saya nak melamar awak, awak terima ke tidak?’

‘tidak’

‘awak pasti’

‘ya, pasti’

‘cuba lihat kelender berapa hari bulan’

hahahahaha….. aku ketawa baru aku teringat yang hari ini ada APRIL FOOL!!! memang aku dah terkena.

‘kau terkejut ke tidak?’

‘tidak terkejut sangat, kerana semalam saya ingat tarikh tu’

hahahaha…. kedengaran ketawa dari member aku.

‘kau memang serius ke tadi?’ ada tawa yang bersisa.

‘ya memang aku serius pun, memang dah 2 hari aku mimpi ular. Aku fikir itu bukan kau’

hahahaha…. ketawa kami pecah lagi dan menamatkan panggilan. Aku harus pergi kerja dan member aku harus memulakan kerja.

Setiap tahun aku kenakan orang tapi aku yang terkena kembali. Dah 2 tahun aku tidak bermain APRIL FOOL.

                                

March 19, 2008

Pantai Serai Di Lanjut, Rompin, Pahang.

Filed under: Uncategorized

19 Mac 2008

15 Mac 2008 pagi ini kami masih lagi menginap di Serai Di Lanjut, Rompin Pahang. Mak dan adik-adik turun mandi kolam, aku malas nak mandi sebab badan sakit. Aku turun kerana nak gi melihat pantai untuk ambil gambar untuk fotopages aku.

Gambar ini untuk tatapan umum kalau ada yang teringin holiday kat sana. Memang tempatnya cukup menarik, kalau nak tenangkan fikiran, memang pada aku memang sesuai sebab aku memang tenang masa berada disana.

‘mak jom!’ jerit ku sambil berjalan menanti mak naik dari kolam. Selepas tu kami berjalan ke tepi pantai dan ambil gambar. Tak seronok kerana tidak dapat mandi laut pulak tu.

Aku dan mak berjalan beriringan menuju ke pantai lama kami disana berbincang sambil bebagai hal keluarga dengan sikap manusia. Lepas tu aku ambil gambar mak duduk atas meja yang kebetulan terletak bawah pokok. Dan bahagian belakang terdapat kedai yang tertutup. Gambar kedai tu masuk masa aku ambil gambar mak.

Cantik gambar mak tu, lepas tu hujan turun kami terus lepak kat bawah kedai, berteduh menanti hujan siding.

Aku tarik kerusi satu untuk aku, lepas tu aku nak tarik lagi satu aku lihat tempat duduknya ada tahi burung jadi aku tarik yang lain.

Lama kami duduk bersembang semua hal. Seronok juga kami duduk melepak bersama. Mak dah bagaikan sahabat baik aku.

Sedang asyik bersembang ada kedengaran bunyi tapi kami buat tidak tahu je. Lepas tu kami sambung bersembang lagi ada bunyi lagi. Aku berpaling dan aku dapat rasakan kehadirannya tapi buat bodoh risau mak takut.

Aku memang tidak nampak bendanya tapi aku dapat rasa. Lepas hujan sidang aku ajak mak balik, tak lama lagi nak gi rumah pengantin lelaki dan bersiap.

‘ada darah’ tegur mak masa tu. ‘tak kot’ aku bercakap untuk menyedapkan hati mak pada hal aku dah rasa takut.

Aku berjalan cepat agar mak juga ikut aku balik. Memang aku dah agak ada benda tapi aku tidak dapat pastikan apa benda tu.

* * * * *

Hari ini 19 Mac 2008 aku up-load gambar yang aku ambil masa kat sana dalam pc, baru aku perasan ada sesuatu pada gambar mak. Aku telek memang sah memang apa yang aku rasa hari tu memang wujud pun.

Aku call mak cik cerita padanya dan mak cik rasa takut. Bagi aku semua dah berlalu.

March 17, 2008

Tiket Bas Red & Yellow

Filed under: Uncategorized

17 mac 2008

Hari ini aku seperti biasa balik awal kerana ada tugas yang aku kena buat. Awal bulan sahaja kerja aku membeli tiket bulan untuk aku dan abang. Dah lama aku menanti abang bukan nampak bayang lagi sebab esok dah 1 haribulan mesti kena tukar tiket baru.

‘abang nie…. entah mana perginya’ bercakap seorang diri dengan muncung itik. Menanti abang datang ditempat yang dijanjikan.

Pusing kanan dan pusing kiri masih tidak kelihatan. ‘Kalau tahu aku gi sekolah dia senang kerja aku’ kata hatiku sendirian.

Dari kejauhan aku terlihat abang dengan member dia datang menghampiri aku. Buat muka selamba je tanpa bersalah sedangkan aku dah 1 jam menantinya.

‘kenapa lambat?’ aku bertanya pada abang.

‘sorry’ senangnya dia berkata sorry je, ingat adiknya tiada kerja lain kot.

‘mana tiket’ dengan suara rajuk dari aku. Sambil mata aku menjelingnya mencari tiket dalam beg.

‘black… siapa nie?’ kata member abang pada abang.

‘adik aku’ sambil abang memberi tiket pada aku. Aku berjalan ke kaunter tiket bulanan.

‘kau ada adik secantik tu! Ke gf kau’ kata member abang, aku sendiri sempat dengar.

‘jangan kacau adik aku tu’ abang dah bagi amaran awal lagi kerana aku lihat member abang tu mata keranjang.

Di dalam ramai pulak budak sekolah yang nak beli tiket yang sama. Kini tinggal aku dengan seorang budak lelaki yang masih menanti giliran. Aku serahkan tiket untuk beli tiket bulan.

Sambil cina tu tulis aku hanya memerhati, kedengaran suara budak lelaki tu bersuara.

‘nama 2 kali naik bukit’ selamba je mengata aku. Aku pandang wajahnya dan ku jeling padanya. Geram pada abang belum habis ditambah pulak budak lelaki ini mengata aku pulak.

Selepas selesai semua, sambil lalu aku kata ‘ikut suka akulah’ ku lepaskan juga amarah padanya. Biar dia rasa sakit hati yang aku rasa sekarang nie.

‘Tidak seder diri bas yang dia naik tu syarikat datuk aku yang punya’ kata hatiku.

Aku berjalan kearah abang dan aku serahkan tiket.

‘aku tak percayalah korang nie adik beradik’ kata member abang. Selama ini abang jarang balik dengan aku kalau boleh abang tidak mahu orang tahu aku adik dia.

‘kau percaya atau tidak aku peduli apa! yang pasti dia abang aku’ member abang juga kena marah dengan aku.

‘kalau kau tidak percaya tengak tiket nie nama aku dengan adik ada AZA. Itu menandakan kami adik beradik’ penerangan abang padanya.

‘tapi warna kulit tak sama?’ memang bukan kulit sahaja wajah kami juga tidak sama. Itu membuatkan orang jadi keliru antara kami.

Abang wajah macam mak kulit macam arwah tok. Aku wajah macam arwah ayah dan kulit juga macam arwah ayah. Sampai sekarang ada member aku ingat abang aku tu adalah suami aku sedangkan dia abang kandung aku.






















Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Minz Meyer